Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kelupis terpanjang cipta rekod

    Oleh Yusrin Junaidi

    TEMBURONG, 19 JULAI – Majlis ramah mesra bersama rakyat dan penduduk Daerah Temburong yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini, hari ini, telah dimeriahkan dengan pameran jalinan kelupis sepanjang 221.43 meter iaitu sebanyak 7,676 biji.

    Ia diiktiraf oleh Brunei Book of Records sebagai jalinan kelupis terpanjang yang pernah dibuat di negara ini.

    Bahan kelupis yang terdiri daripada beras pulut Temburong dimasak bersama santan dan dibungkus dengan daun nyirik serta dijalin menggunakan daun lamba itu merupakan makanan tradisional puak Kedayan dan Brunei.

    Christina Angellia dari Kampung Selapon, Temburong, berkata kelupis berkenaan dibuat dengan gabungan kerjasama belia Temburong dan majlis-majlis perundingan kampung di daerah berkenaan yang disertai lebih 30 orang dengan mengambil masa selama 15 hari.

    “Pameran jalinan kelupis terpanjang ini bukan sahaja untuk memeriahkan lagi majlis ramah mesra akan tetapi sekali gus untuk diiktiraf masuk ke dalam buku Brunei Book of Records,” ujarnya.

    Beliau juga berkata, pameran itu juga dapat memberikan peluang dan pendedahan kepada belia, dan bukan hanya sekadar mengenal kelupis tetapi dapat membuatnya.

    Jalinan kelupis sepanjang 221.43m dipamerkan pada majlis itu. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Christina Angellia semasa ditemu bual pada Pameran Jalinan Kelupis Terpanjang, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...