BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Susulan tersebarnya dakwaan di media sosial mengenai serbuan Kementerian Kesihatan ke sesetengah kedai cube dan merampas barangan yang dijual sehingga menyebabkan kerugian kepada peniaga yang terlibat, kementerian tersebut semalam tampil menjelaskan perkara sebenar melalui kenyataan yang dikeluarkannya.
Kementerian tersebut menegaskan dakwaan yang disebar dan ditularkan adalah tidak berasas, namun ia ingin membetulkan beberapa maklumat yang disebarkan termasuklah pegawai-pegawai penguatkuasaan hanya mengambil produk-produk yang ditegah jualannya iaitu produk ubat yang memerlukan preskripsi doktor dan lesen bagi penjualannya, produk-produk kesihatan yang mengandungi racun berjadual dan produk kosmetik yang mengandungi bahan yang dilarang.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)