Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kem. Kesihatan sambut Maulud Nabi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Jabatan Dasar dan Perancangan, Kementerian Kesihatan memperingati hari keputeraan junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dengan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Keistimewaan Rasulullah’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Unit Kaunseling dan Kefahaman, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awangku Mohd Muzhaffar bin Pengiran Haji Rusidi.

    Majlis seterusnya diserikan lagi dengan laungan Dikir Maulud yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Haji Nor Asilin bin Haji Puting.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa hadir pada majlis sambutan Maulud Nabi di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...