Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kem. Kesihatan terima sumbangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Bagi membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini, TotalEnergies EP (Brunei) BV dan Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah menghulurkan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, TotalEnergies EP (Brunei) BV menyumbangkan sebuah mesin ECMO yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Jerome Saniez kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Mesin ECMO itu akan ditempatkan dan digunakan bagi pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan (NIC), Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

    Kementerian Kesihatan juga menerima sumbangan 100 unit pelitup muka daripada SHENA yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Haji Junit bin Haji Zakaria dan Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat, Dayang Umi Khadijah binti Haji Mohd Zaini kepada Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Kementerian Kesihatan, Dayang Athirah Fakhriah binti Haji Awang Yussof.

    Haji Maswadi (kiri) menerima sumbangan dari Jerome Saniez dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, kelmarin.
    Dayang Athirah Fakhriah menerima sumbangan daripada SHENA. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...