Kem. Kewangan anjur dikir maulud

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan dan bahagian, berserta pegawai dan kakitangan lelaki Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada tahun ini, majlis dikir ke masjid-masjid sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi kementerian berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Perbendaharaan.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menghadiri majlis dikir sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Universiti Brunei Darussalam.