Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Kem musim panas PBB ceriakan kanak-kanak Gaza

GAZA – Dengan bermulanya cuti persekolahan di Gaza, ramai kanak-kanak telah mendaftar di kem musim panas yang ditubuhkan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dalam usaha untuk mengurangkan masalah psikologi yang ditimbulkan oleh konflik.

Seramai 120,000 kanak-kanak berumur enam hingga 14 tahun telah menyertai program kem tersebut yang bermula pada Isnin lalu di 83 buah sekolah UNRWA di Semenanjung Gaza, kata agensi PBB dalam satu kenyataan.

Kem yang dijalankan selama empat minggu, di mana kanak-kanak boleh bermain trampolin, bouncer istana dan permainan bola, selain melakukan aktiviti melukis dan kraftangan.

“Kem ini diadakan selepas musim akademik yang panjang yang melibatkan banyak tekanan,” jelas Jana Al-Najjar, seorang gadis berusia 11 tahun dari Gaza, memberitahu Xinhua di Sekolah Rendah Jabalia di utara Gaza.

“Ia memberi saya peluang untuk bermain, berseronok, bertemu rakan baharu dan berehat,” katanya sambil menambah suasana ‘indah’ sambil bersukan membantu kanak-kanak mendapat keyakinan diri.

Kanak-kanak kelihatan riang semasa program kem musim panas yang ditubuhkan oleh UNRWA di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza. – Xinhua
Selain melakukan aktiviti melukis dan kraftangan, kanak-kanak boleh bermain trampolin, bouncer istana dan permainan bola semasa program itu. – Xinhua
Kelihatan kanak-kanak menunggu giliran untuk melontarkan bola. – Xinhua

Salma Mohammed, seorang lagi gadis dari Gaza, memberitahu Xinhua dia bermain selama berjam-jam di kem musim panas, tempat yang membantu kanak-kanak meneroka bakat mereka dan bertemu rakan baharu. Ibunya Ahlam Hana berkata aktiviti sukan dan kebudayaan adalah satu kemestian bagi kanak-kanak di enklaf Palestin, kerana mereka tinggal di kawasan yang dilanda ketidakstabilan politik dan ekonomi.

“Kem musim panas adalah satu cara untuk menyatukan semula kanak-kanak ke dalam masyarakat selepas setahun lamanya belajar dan berdepan peperangan, dan sekolah tempat selamat di Gaza bagi kanak-kanak,” kata Hana.

Ben Majekodunmi, pegawai bertanggungjawab UNRWA di Gaza, memberitahu Xinhua, serangan tentera tahun lalu di Semenanjung Gaza menjejaskan keadaan psikologi kanak-kanak, yang mendorong agensi PBB melancarkan kem musim panas sebagai langkah bantuan.

“Adalah sangat penting bagi kanak-kanak pelarian untuk menikmati hak asasi mereka untuk hidup, mendidik dan bermain dalam persekitaran yang selamat dan merangsang seperti semua kanak-kanak di dunia,” katanya.

Menurut kajian UNRWA yang dijalankan susulan pertempuran hebat di Gaza antara Palestin dan Israel pada Mei 2021, 35 peratus kanak-kanak darjah satu yang dikaji menunjukkan mengalami reaksi traumatik.

Selain menenangkan kanak-kanak, kem musim panas juga menyediakan 2,750 peluang pekerjaan sambilan untuk graduan dalam bidang soko- ngan psikologi dan pendidikan kesihatan, menurut UNRWA. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -