Kem Myanmar berdepan ‘bencana’ virus

YANGON, 2 APRIL – Ratusan ribu orang yang terjejas oleh konflik di Myanmar berdepan ‘bencana’ kesihatan angkara pandemik koronavirus, menurut kumpulan hak asasi kemanusiaan, ketika gesaan antarabangsa memuncak untuk menamatkan pertempuran.

Kem penuh sesak dengan anggaran 350,000 orang adalah ‘berisiko dijangkiti COVID-19’, kata Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan.

Myanmar telah mengesahkan 16 kes jangkitan dan satu kematian namun pakar-pakar berkata kekurangan kemudahan ujian dan infrastruktur kesihatan bermaksud jumlah sebenar mungkin lebih tinggi di negara yang miskin itu, dijejaskan teruk oleh keganasan etnik dan keagamaan.

Seramai 18 duta ke Myanmar – termasuk dari Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah – mengeluarkan kenyataan bersama hari ini mengatakan mereka sangat bimbang, dan menggesa bagi penamatan pertempuran di negara itu.

Tumpuannya perlu ‘melindungi komuniti yang terdedah dari impak COVID-19,’ kata mereka.

Sistem kesihatan Myanmar yang uzur mungkin akan menyebabkannya bergelut untuk menangani wabak maut itu, kata HRW pada Isnin.

Namun komuniti pelarian di negeri Rakhine, Kachin, Shan, Chin dan Karen lebih terdedah dengan tanpa internet dan sekatan media di beberapa kawasan menyebabkan mereka lagi terasing. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 13 Januari 2020 menunjukkan penduduk Rohingya yang ditangkap di laut pada Disember berjalan di pantai selepas dipindahkan oleh pihak berkuasa Myanmar ke negeri Rakhine. – AP