Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem pelarian di Perancis terbakar

    PARIS, 11 April – Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam kebakaran yang memusnahkan sebahagian kem pendatang di Grande-Synthe di luar bandar raya Dunkirk di utara Perancis, malam tadi.

    Saksi berkata, api marak selepas berlaku pergaduhan antara pendatang. Kem berkenaan dihuni kira-kira 1,500 pendatang yang tinggal dalam pondok kayu yang sesak. Asap tebal jelas kelihatan beberapa kilometer dari lokasi. Pertengahan bulan lalu, pegawai Perancis berkata pasukan keselamatan merancang untuk mula meruntuhkan kem berikutan pertempuran di situ.

    “Tiada apa yang tinggal tetapi timbunan abu,” pengawas rantau Nord Perancis, Michel Lalande memberitahu pemberita di tempat kejadian ketika anggota bomba terus bertarung mengawal api marak kelihatan dari beberapa kilometer (batu) jauhnya. “Mustahil membina pondok itu kembali seperti sebelum ini.”

    Keadaan kem pendatang di Grande-Synthe yang musnah terbakar selepas pergaduhan tercetus. - AFP
    Keadaan kem pendatang di Grande-Synthe yang musnah terbakar selepas pergaduhan tercetus. – AFP

    Kebakaran sengit memusnahkan kebanyakan 300 pondok di kem tersebut dan api masih belum padam lagi pada jam 02:00 Selasa (0000 GMT).

    Para pendatang dipindahkan dan akan ditempatkan semula di penginapan kecemasan, pengawas itu berkata sambil menambah dua gymnasium di pinggir bandar Dunkirk di Grande-Synthe sudah disediakan. Lalande berkata kebakaran itu meletus selepas pergaduhan tercetus pada petang Isnin antara pendatang Afghanistan dan Kurd di kem itu menyebabkan enam cedera dengan luka pisau. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda