Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kem. Pendidikan memperingati peristiwa Israk Mikraj

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah dan Jabatan Pengajian Tinggi telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj secara maya hari ini.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan kementerian dalam sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dipimpin oleh Nazir Khas, Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Awang Khairol-Azri bin Haji Mohd Kassim.

    Pada majlis itu, ceramah khas bertajuk ‘Sembahyang Ku Kerana Allah’, yang merupakan tema bagi Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Bagi Tahun 2022, telah disampaikan oleh pegawai agama di Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

    Antara tujuan majlis adalah untuk memperingati dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan bersama antara yang hadir pada majlis sambutan secara maya berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...