Kem. Pendidikan terima sumbangan tablet

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Sebanyak 30 buah tablet telah disumbangkan kepada Kementerian Pendidikan melalui kempen ‘Goals for Education – Your Goals Matter for Their Goals’ yang dianjurkan oleh Dynamik Technologies Sdn Bhd dan Progresif Sdn Bhd, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan bahawa sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pemasaran dan Perhubungan Korporat, Dynamik Technologies Sdn Bhd, Awang Mohd Faizul bin Haji Yahya dan Ketua Strategi Jenama, Progresif Sdn Bhd, Dayang Hafiza binti Mohamad kepada Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais selaku wakil Kementerian Pendidikan.

Menurut Kementerian Pendidikan lagi, kempen itu bertujuan untuk menyokong inisiatif-inisiatif pembelajaran dalam talian khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan dan telah dilancarkan sejak Julai 2020 yang lalu.

Awang Mohammad Norilham menerima sumbangan yang disampaikan oleh Awang Mohd Faizul dan Dayang Hafiza, baru-baru ini. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan