Kem. Pertahanan, ABDB adakan majlis tahlil

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah pemerintah ABDB, setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pemerintah Angkatan Bersama ABDB, timbalan-timbalan setiausaha tetap serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Zuhur berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kuncang, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yasin dan tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Awang Mohd Hasnal bin Haji Mohamad.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua ketika hadir pada majlis tersebut. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan