Kem. Pertahanan, ABDB sambut Hari Raya Aidiladha

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah meraikan Hari Raya Aidiladha dengan takbir raya dan sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah di Surau Ad-Difa’, Bokiah Garison, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Raya, diikuti dengan sembahyang sunat Hari Raya
Aidiladha berjemaah yang dipimpin oleh Imam Surau Ad-Difa’, Awang Zulfadli bin Haji Awang.

Kemudian, majlis diikuti dengan khutbah khas sempena Hari Raya Aidiladha disampaikan oleh Imam Surau Ad-Difa’, Awang Suhif @ Syu’aib bin Haji Abdullah.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Staf ABDB, Kolonel (U) Rahman @ Abdul Rahman bin Haji Durahman.

Turut hadir ialah para pengarah, pegawai dan anggota tentera serta kakitangan awam di Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Kolonel (U) Rahman @ Abdul Rahman bersama warga lelaki Kementerian Pertahanan dan ABDB menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Surau Ad-Difa’, Bokiah Garison, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Pertahanan