Kem. Pertahanan dan ABDB anjur kempen derma darah

Oleh SimY.H.
Gambar serahan Kementerian Pertahanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL–Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Kempen derma darahyang diadakan selama dua hari ini dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS bertujuan untuk membantu menambahkan tabung darah bagi yang mereka yang memerlukan dan memenuhi misi Pusat Pendermaan Darah bagi memastikan ketersediaan bekalan darah yang selamat dan dipercayai.

Para penderma darah yang terdiri dari anggota ABDB dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan turut melaksanakan langkah berjaga-jaga sepanjang kempen ini seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan untuk mencegah penularan jangkitan wabak COVID-19.

Kempen derma darah tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab sosial Kementerian Pertahanan dan ABDByang dilaksanakan ke arah usaha membantu pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam menangani COVID-19.

Pegawai perubatan melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka layak mendermakan darah.
Antara yang menderma darah pada kempen tersebut.