Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kem. Pertahanan terima kunjungan Panglima Besar RCAF

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kementerian Pertahanan hari ini, menerima lawatan rasmi daripada Panglima Besar Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja (RCAF), Jeneral Vong Pisen yang sedang mengadakan lawatan ras-mi selama tiga hari, bermula kelmarin, ke Negara Brunei Darussalam.  

    Ketibaan Jeneral Vong Pisen di Bolkiah Garrison telah disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, dan diikuti dengan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

    Semasa lawatan tersebut,  Jeneral Vong Pisen mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abdul Kadir, dan Pemerintah ABDB. 

    Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengulangi komitmen bersama untuk terus memperkukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau. 

    Jeneral Vong Pisen semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak.
    Pemerintah ABDB mengalu-alukan ketibaan Jeneral Vong Pisen di Bolkiah Garrison.
    Jeneral Vong Pisen semasa memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TDDB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...