Kem perubatan untuk warga India

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam memaklumkan bahawa kem perubatan percuma akan diadakan di premis suruhanjaya berkenaan pada 8 Disember ini bagi rakyat India di negara ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi India, sepasukan lima orang doktor dan enam paramedik akan menyediakan perkhidmatan secara sukaralewan di kem berkenaan yang bakal bermula jam 8:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Kenyataan menyatakan baha-wa kem akan dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar dan diikuti dengan sesi soal jawab mengenai isu-isu berkaitan kesihatan.

Ahli-ahli paramedik akan menjalankan ujian perubatan asas termasuk paras gula dalam darah, tekanan darah dan kiraan indeks jisim badan bagi para peserta. Kemudian, doktor-doktor akan menyediakan konsultasi secara individu.