Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kem senaman khusus bagi anak orang utan

    NEW ORLEANS – Orang utan spesies terancam yang berusia dua bulan, masih amat kecil sehingga lampin saiz anak damit tergantung longgar di depan perutnya, berpaut ketat pada jari penjaga ketika dia mengangkatnya dengan perlahan dari pangkuannya.

    Roux, dilahir sehari sebelum Krismas pada 2021, perlu cukup kuat untuk berpegang kepada ibunya 24 jam sehari – dan Menari, 12 tahun, ialah ‘anak orang utan liar’ dari Zoo Audubon, kata Kelsey Forbes, penolong kurator haiwan primat.

    “Ia adalah akrobat terbesar kami – agak gila,” kata Forbes pada Selasa.

    Maka setiap hari, Roux menjalani pelbagai sesi ‘latihan kem anak orang utan’ termasuk senaman untuk memperkuat genggaman dan tangannya.

    Orang utan Sumatera di zoo itu, seperti dua spesies orang utan lain, dianggap amat terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam dan Sumber Alam Semula Jadi Antarabangsa. Pemburuan haram dan kehilangan serta perpecahan hutan di mana haiwan tersebut hidup merupakan sebab utama jumlah mereka berkurangan dalam hutan.

    Roux menggenggam jari Kelsey Forbes ketika dia mengangkatnya untuk senaman memperkuat pegangan dan otot tangannya di Zoo Audubon, New Orleans. – AP
    Roux menggenggam ponco bulu tiruan yang dipakai Liz Wilson di zoo di New Orleans. – AP
    Menari melihat keluar dari jaring rajut di Zoo Audubon, New Orleans. – AP

    Bulan mengayun di tali dalam habitat orang utan di Zoo Audubon. – AP

    Maka Roux merupakan seorang anak yang penting.

    Ia dan dua adiknya – Madu, lahir pada 28 Februari 2021, dan Bulan, lahir pada Julai 2019 – membentuk satu pertiga daripada kesemua orang utan yang lahir sejak awal 2019 sebagai sebahagian daripada Program Kehidupan Spesies Orang Utan.

    Tiga anak dilahirkan pada 2019, satu pada 2020, tiga pada 2021 dan dua setakat ini pada tahun ini, kata jurucakap program Angela Selzer pada Khamis. Seekor lagi anak, dilahir pada tahun ini di Zoo San Diego, merupakan orang utan Sumatera, manakala lima yang lain spesies Borneo.

    Penjaga zoo yang melakukan kebanyakan latihan untuk Roux, menariknya ke atas dan bawah ketika dia menggenggam ibu jari atau jari Roux. Namun Roux juga ada kalanya menarik dirinya ke atas ketika ia tergantung di antara tangan penjaga.

    Kekuatan bukan sahaja satu-satunya senaman yang perlu dilakukannya untuk bersatu semula dengan Menari, kata Forbes dan kurator Liz Wilson pada Selasa.

    Rouz meminum 80 hingga 90 milimeter susu setiap tiga setengah jam.

    Penjaga mahu mengurangkan jumlah pengambilan susu pada malam, kata Forbes. “Orang utan tidur dari senja hingga subuh. Kami mahu meniru gaya hidup berkenaan seberapa banyak yang mungkin,” katanya.

    Dan terdapat satu lagi latihan, sekiranya Menari, ibu buat pertama kali, gagal menghasilkan susu yang mencukupi – masalah yang meninggalkan anaknya amat lemah sehingga ia memerlukan jagaan perubatan selama sebulan. Ia perlu mampu meminum satu botol susu yang diberikan menerusi jaringan kurungan.

    Apabila ia pertama diambil dari Menari, Roux – yang belum mendapat nama pada masa itu – tidak dapat menetek, menurut Forbes. Ia diberi susu menerusi tiub yang dimasukkan menerusi hidung ke perutnya, dan tugas penjaga termasuk memastikan dia tidak kacau atau menarik tiub tersebut.

    Seorang pakar daripada Hospital Kanak-Kanak New Orleans mengajar kakitangan ‘petua dan teknik’ yang termasuk mengurut lelangit dan gusi anak damit sebelum setiap penyusuan, kata Forbes.

    “Teknik tersebut amat berkesan bagi Roux,” kata Forbes.

    Beratnya naik daripada 1.6 kilogram kepada 2.54 kilogram pada Khamis. Walaupun anak yang sudah cukup bulan, berat badannya agak rendah daripada biasa pada mulanya, mungkin disebabkan ia dilahir kembar, kata Forbes pada Khamis. Anak seekor lagi mati semasa lahir.

    Rouz menghabiskan sepanjang hari bersama penjaga di kawasan dalam bangunan, termasuk bilik tidur kurungan, di mana haiwan lain yang lebih tua boleh melihatnya tetapi tidak mendekatinya. Mereka masuk dari laman pintu besar luar untuk memerhati, kata Forbes.

    “Mereka suka apabila Rouz mengeluarkan bunyi. Mereka suka semasa menukar lampin. Mereka benar-benar sukakannya masa memberikan susu botol.”

    Dalam kurungan, Rouz boleh merangkak di sekeliling pada hos kebakaran dan objek lain dalam pelbagai saiz.

    Apabila zoo ditutup, ia dibawa bersiar-siar di sekitar zoo, termasuk berjalan dengan cepat dan membelok secara mendadak untuk melatihnya berpegang ketat.

    Anak orang utan itu diberi nama pada bulan ini. Namanya, disebut ‘roo’, bermakna merah keperang-perangan dalam bahasa Perancis, warna bulu panjang orang utan, dan campuran tepung dan minyak atau mentega masak yang digunakan untuk memekatkan gumbo dan makanan lain.

    Bapanya, Jambi, menjadi bapa kepada kesemua tiga anak Audubon sejak datang ke New Orleans pada 2018 dari Hannover, Jerman.

    Bulan, di mana ibunya juga Menari, sering mengikut adiknya, yang bermain bersamanya.

    Forbes berkata penjaga tidak menjangka rasa cemburu menjadi satu masalah apabila Roux dan ibunya menghabiskan masa bersama.

    “Tidak menjadi masalah langsung! Kami fikir Bulan akan berasa teruja mempunyai seekor lagi teman permainan. Begitu juga dengan Madu!” katanya pada Khamis. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...