TOKYO – Bukan sahaja robot dengan keupayaan untuk melakukan aksi gimnastik yang berjaya menarik perhatian ramai orang ternyata banyak lagi robot lain dengan keupayaan tersendiri seperti robot yang berupaya untuk melakukan pelbagai tugasan seperti menghantar surat, membeli-belah dan membina rumah turut ditampilkan dalam Pameran Sidang Kemuncak Robot Dunia di Tokyo baru-baru ini.
Antara yang diperkenalkan di pameran itu adalah CarriRo, sebuah robot berbentuk seperti sebuah bas London yang berwarna cerah, menarik dan berupaya untuk menghantar barangan pada tahap kelajuan 6 km per jam.
“CarriRo direka dengan keupayaan untuk merentasi di sepanjang laluan pejalan kaki dan individu yang ingin mendapatkan perkhidmatannya boleh mengawalnya dengan teknologi GPS pada kawasan sekitar dua kilometer,” terang Chio Ishikawa dari Sumitomo Corp yang bertanggungjawab dalam mempromosikan robot itu.
Penerima yang bakal menerima barangan yang dihantar oleh CarriRo itu akan terlebih dahulu menerima kod yang dikirimkan ke telefon pintar mereka di mana ia secara tidak langsung memberikan kebenaran kepada mereka untuk mendapatkan barangan tidak kira sama ada surat, ubat atau makanan yang tersimpan di dalam robot itu.
Perkhidmatan seperti ini amat diperlukan dalam penuaan Jepun. Dengan hampir 28 peratus penduduk berusia lebih daripada 65 tahun, mobiliti semakin terhad dan negara sedang berjuang untuk mendapatkan semakin ramai pekerja. Perkhidmatan seperti ini memang amat diperlukan di Jepun. Dengan jumlah 28 peratus daripada penduduk di Jepun adalah terdiri daripada golongan yang berusia 65 tahun ke atas maka kadar mobiliti juga semakin terhad dan inisiatif untuk memperkenalkan robot seperti itu dilihat sebagai sesuatu yang bijak.








Robot Sokongan Manusia Toyota (HSR Toyota) yang memiliki struktur rendah dan lebih kelihatan seperti sebuah tong sampah dilengkapi dengan dua lengan pula ternyata merupakan satu rekaan yang cukup mengagumkan.
Perkara ini dapat dilihat apabila ia berupaya untuk memberikan khidmat pertolongan penting khususnya kepada warga emas atau orang kelainan upaya ketika berada di rumah.
Dengan keupayaan untuk mengendalikan dan menggerakkan pelbagai objek, ia juga boleh dikawal melalui perhubungan Internet yang terpapar pada skrin di bahagian kepalanya.
Kekurangan tenaga kerja di Jepun dipercayai dapat dibantu dengan kehadiran robot-robot berteknologi tinggi ini yang setentunya turut membantu dalam memudahkan rutin kehidupan.
Omron pula menampilkan sebuah robot yang boleh diprogramkan bagi mengambil barang-barang yang dipesan oleh pelanggan ke dalam bakul dan membayarnya di kaunter di mana ia seumpama seperti memberikan khidmat bantuan beli-belah secara peribadi.
Perkhidmatan ini setentunya sangat berguna kepada golongan individu yang tidak gemar untuk melakukan aktiviti membeli-belah dengan alasan beratur panjang atau bagi mengelakkan pembaziran maka menggunakan robot itu setentunya merupakan satu alternatif terbaik.
Jepun juga berhadapan dengan isu kekurangan jumlah pekerja untuk menyusun barang-barang di bahagian rak di pasaraya serbaneka yang beroperasi selama 24 jam seminggu dan kehadiran robot ini juga dipercayai dapat membantu dalam memudahkan tugasan tersebut.
Permudahkan kerja-kerja pembinaan
Memandangkan kerja-kerja pembinaan bangunan giat dilaksanakan dan Tokyo juga turut terus bersedia untuk menganjurkan acara sukan Olimpik 2020, maka setentunya lebih banyak lagi tapak pembinaan yang akan terus dilaksanakan di seluruh bandaraya itu namun ternyata jumlah pekerja juga tetap menjadi antara isu utama yang terus diperbincangkan.
Dengan itu, HRP-5P, sebuah robot berbentuk seperti manusia terutama dari struktur tubuhnya yang memiliki ketinggian 182 sentimeter dan berat 101 kilogram.
HRP-5P itu memang direka untuk menjalankan tugas-tugas pembinaan sebagaimana yang dapat dilaksanakan oleh manusia khususnya dalam bidang pekerjaan tersebut.
“Robot ini sememangnya direka bagi memudahkan kerja-kerja di kawasan pembinaan dan maka dengan itu ia juga turut diberikan struktur seperti manusia dilengkapi dengan dua kaki, dua lengan dan kepala,” jelas salah seorang yang terlibat dalam menjayakan rekaan robot itu, Kenji Kaneko dari Industri Kemajuan Sains dan Teknologi Kebangsaan.
Pihak pengilang lain juga turut mempromosikan lebih banyak robot dengan program terkini yang dilihat semakin pintar dan berupaya untuk melakukan pelbagai tugasan yang tersendiri.
Robohon keluaran Sharp pula merupakan sebuah robot berbentuk seperti manusia yang sangat comel iaitu hanya berada pada tahap ketinggian 20 sentimeter.
Robot comel itu telah ditugaskan untuk menceritakan mengenai sejarah ibu kota Imperial kuno, Kyoto dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan China bagi memudahkan fahaman pelancong sejak bulan lalu.
Di samping itu, robot paling popular dalam kalangan pengunjung di Pameran Robot Dunia itu adalah robotreplicates yang meniru struktur bintang televisyen terkenal Jepun, Tetsuko Kuroyanagi.
Direka dengan hasil koloborasi bersama dengan pakar pembuatan robot Jepun, Hiroshi Ishiguro, robotreplicates itu sememangnya persis seperti bintang berusia 85 tahun itu walaupun pertuturannya agak berbeza mengikut kepada proses suara mesin.
“Cabaran utama dalam penciptaan robot ini adalah setentunya dari aspek pertuturan terutama apabila fungsi utamanya adalah lebih kepada melayan perbualan bersama dengan individu,” jelas Junji Tomita, jurutera di sebuah syarikat telekomunikasi gergasi, NTT yang turut terlibat dalam menjayakan projek itu.
“Bilangan individu yang berminat untuk mengajukan soalan kepadanya setentunya banyak dan ia juga kelihatan cukup rumit,” jelas Tomita. –AFP