Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan bas ragut 9 nyawa, 26 cedera di Turkiye

    ANKARA, 9 OGOS – Sebuah bas yang sedang dalam perjalanan antara bandar di Turkiye terbabas dari lebuh raya dan merempuh tiang jejantas hari ini, membunuh sembilan orang di dalamnya, kata seorang pegawai. Kira-kira 26 orang lagi cedera.

    Nahas berlaku berhampiran bandar Polatli, kira-kira 80 kilometer dari ibu negara Ankara, kata Gabenor Vasip Sahin kepada stesen televisyen, HaberTurk.

    Bas itu dalam perjalanan dari bandar Izmir di barat Turkiye ke bandar Agri, di timur negara itu.

    Punca nahas yang menyebabkan penutupan sebelah jalan raya masih belum diketahui.

    Tiada maklumat mengenai keadaan penumpang yang cedera yang telah dikejarkan ke hospital di Polatli dan Ankara. – AP

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda