Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemalangan belon udara Mesir: 4 lelaki ditahan

    KAHERAH, 7 Jan – Pihak pendakwa Mesir kelmarin mengarahkan untuk menahan empat lelaki di selatan bandar Luxor atas kemalangan belon udara panas baru-baru ini di bandar yang menyebabkan seorang pelancong maut dan 15 yang lain cedera, pejabat berita rasmi MENA melaporkan.

    Belon terhempas yang berlaku pada Jumaat lalu itu adalah disebabkan oleh cuaca buruk membunuh pelancong Afrika Selatan berusia 34 tahun dan mencederakan dua lainnya dari Afrika Selatan, lima dari Australia, empat dari Perancis, dua dari Argentina, seorang dari Brazil dan Mesir.

    Pendakwaan awam Luxor memerintahkan penahanan juruterbang belon dan tiga pegawai dari syarikat yang menjalankan operasi tersebut sehingga siasatan selesai.

    Mesir menyaksikan kemala-ngan belon udara panas yang sama pada tahun-tahun yang lalu. Pada Februari 2013, 19 pelancong, kebanyakannya warga Asia dan Eropah terbunuh apabila belon mereka terbakar semasa berada di udara. Kemalangan lain berlaku pada September 2016 yang telah mencederakan 22 pelancong China. Luxor merupakan salah satu destinasi pelancongan nombor satu di negara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda