OTTAWA, 9 Ogos – Enam orang terbunuh manakala dua cedera dalam nahas jalan raya membabitkan pelbagai jenis kenderaan di Alberta, Kanada pada malam Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik sumber media tempatan kelmarin.
Menurut CTV, nahas berlaku di lebuh raya di Taman Negara Jasper, kira-kira 60 kilometer di selatan bandar Jasper, wilayah Alberta.
Lebuh raya itu dibuka semula pada pagi kelmarin. – Bernama