Kemalangan helikopter ragut empat nyawa

ISLAMABAD, 27 DIS – Sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan pergunungan utara Pakistan, membunuh empat tentera termasuk dua juruterbang, menurut tentera Pakistan.

Helikopter itu terhempas semalam di rantau Gilgit-Baltistan ‘di-sebabkan masalah teknikal’ semasa menghantar mayat seorang tentera ke hospital tentera di Skardu, katanya dalam satu kenyataan.

Pakistan mempunyai rekod keselamatan penerbangan tentera dan orang awam yang teruk, dengan kejadian nahas kapal terbang dan helikopter kerap berlaku dalam beberapa tahun ini.

Pakistan International Airlines (PIA) diawasi ketat pada tahun ini selepas salah sebuah kapal terbangnya terhempas di antara kawasan perumahan di Karachi, membunuh 98 orang.

Pada Ogos 2015, 12 orang terkorban apabila sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan barat laut. Manakala pada Mei tahun yang sama, sebuah helikopter tentera Mi-17 terhempas di sebuah tempat percutian di bukit Gilgit mengorbankan tujuh orang, termasuk dua duta asing. – AFP