Kemalangan maut: Warga emas 90 tahun dipenjarakan

TOKYO, 2 SEPT – Mahkamah Jepun hari ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas warga emas bekas pegawai kanan kerajaan kerana terlibat dalam kemalangan maut yang meragut nyawa budak berusia tiga tahun dan ibunya pada 2019, satu kes berprofil tinggi di negara yang cepat menua, dengan pemandu warga emas menjadi sebahagian kebimbangan keselamatan.

Mahkamah Daerah Tokyo menyabitkan Kozo Lizuka, bekas pegawai tertinggi di kementerian perdagangan dan industri memandu cuai sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan. Isterinya yang merupakan penumpang dalam kereta dipandunya, adalah antara sembilan yang cedera dalam kemalangan itu.

Kematian kanak-kanak perempuan dan ibunya mencetuskan simpati dan kebimbangan meluas daripada orang ramai mengenai risiko dibawakan oleh sejumlah besar pemandu warga emas, sehingga mendesak mereka mengembalikan lesen pemandu mereka. – AP