Kemarau cetus kecurian air

SYDNEY, 19 DIS – Polis Australia memburu pencuri yang mencuri 300,000 liter (79,000 gelen) air di tengah-tengah kemarau teruk melanda timur negara itu dalam masa berdekad, kata pegawai hari ini.

Pencuri mencuri air dari dua tangki di sebuah kemudahan di Evans Plains, perkampungan desa kira-kira tiga jam perjalanan dari barat Sydney di negeri New South Wales, kata polis.

Pencuri itu dikesan pada Ahad, namun mungkin saja insiden itu sudah dilakukan sejak dua minggu lalu, kata mereka.

“Polis berharap untuk bercakap kepada sesiapa yang menyaksikan trak air atau kenderaan diisi dengan peralatan untuk membawa air di kawasan Evans Plains,” menurut mereka dalam satu kenyataan.

Jurucakap polis wanita berkata kemarau panjang dan kekurangan air dialami di seluruh bahagian New South Wales kelihatannya mencetuskan jenayah.

“Saya rasa ia disebabkan keadaan baru-baru ini berkaitan dengan kemarau dan sebagainya,” katanya. – AFP