Kemarau punca gangguan bekalan air

KUCHING, 18 SEPT – Gangguan bekalan air yang kini berlaku di seluruh bandar Sri Aman belum pernah berlaku sebelum ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengeru-si Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata gangguan bekalan air tersebut berpunca daripada kemarau se-telah cuaca panas lebih lama daripada biasa melanda negeri ini.

Katanya, cuaca sedemikian yang diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia akan berterusan sehingga hujung bulan ini. – Bernama