Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kemarau punca penurunan populasi lebah

    INZERKI, MAGHRIBI – Perkampungan Inzerki di Maghribi dengan bangga mendakwa ia mempunyai kolektif sarang lebah tertua dan terbesar di dunia, tetapi koloni tersebut diancam masalah disebabkan oleh kemarau, dan sepatutnya ia sibuk dengan aktiviti pada musim bunga.

    Penjaga lebah, Brahim Chatoui berkata dia telah kehilangan hampir satu pertiga daripada sarangnya dalam masa dua bulan sahaja dan dia tidak bersendirian.

    “Pada masa tahun ini, kawasan tersebut biasanya dipenuhi dengan lebah,” kata Chatoui, berpeluh di bawah matahari musim bunga yang panas terik. “Hari ini, lebah mati pada kadar yang menakutkan.”

    Negara Afrika Utara itu menyaksikan lonjakan dramatik dalam kematian besar-besaran pendebungaan kritikal, fenomena yang dipanggil ‘gangguan keruntuhan koloni’.

    Di seluruh dunia, pakar mengatakan kematian besar-besaran lebah secara tiba-tiba sering dikaitkan dengan kemusnahan alam semula jadi dan penggunaan racun perosak yang berleluasa.

    Tetapi pihak berkuasa di Maghribi berkata masalah tersebut disebabkan oleh kemarau terburuk yang melanda negara itu dalam tempoh 40 tahun, yang telah memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang bergantung kepada lebah untuk mendapatkan makanan.

    Imej kumpulan lebah yang digambar di Apiari Inzerki di Kampung Inzerkim di lereng bukit di tengah-tengah Rizab Biosfera Arganeraie, kawasan yang dilindungi oleh UNESCO. – AFP
    Seorang penternak lebah bekerja di Apiari Inzerki di kampung Inzerki, 82 km di utara Agadir, di wilayah Souss-Massa. – AFP

    Lonjakan ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’

    Krisis tersebut begitu teruk sehingga kerajaan mengeluarkan AS$13 juta untuk menyokong penternak lebah dan menyiasat punca kematian lebah.

    Pejabat Keselamatan Makanan Kebangsaan Maghribi, yang menjalankan siasatan tersebut, menolak punca masalah tersebut datang daripada penyakit.Sebaliknya, ia menyalahkan lonjakan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sarang runtuh akibat kemarau yang didorong oleh perubahan iklim.

    Sarang lebah kolektif unik Inzerki terletak di lereng bukit yang cerah di tengah-tengah Rizab Biosfera Arganeraie, kawasan yang mempunyai keluasan 2.5 juta hektar yang dilindungi oleh UNESCO, kira-kira 415 kilometer di barat daya ibu kota Rabat.

    Kompleks berkenaan menarik perhatian: Struktur topang kayu lima tingkat dan regangan lumpur kering di sepanjang lereng bukit, se-tiap petak menempatkan sarang rotan silinder, ditutup dengan campuran tanah dan najis lembu.

    Pakar mengatakan ia adalah sarang lebah kolektif tradisional tertua di dunia, sejak tahun 1850, tetapi hari ini ia berada di bawah ancaman di tengah-tengah perubahan iklim.

    “Tahun ini kami berharap datangnya hujan, kerana saya telah kehilangan 40 sarang setakat ini,” kata Chataoui.

    Pakar lebah Antonin Adam, yang telah mengkaji serangga di barat daya Maghribi, juga menyalahkan punca masalah tersebut di-sebabkan kemarau.

    Tetapi dia menambah masalah tersebut mungkin telah menjadi semakin teruk oleh kelemahan lebah kepada penyakit, amalan pembinaan nomad, pertanian intensif dan keinginan negara untuk meningkatkan penghasilan madunya.”

    Keinginan berkenaan jelas kelihatan pada angka yang dikeluarkan kementerian pertanian.

    Penghasilan madu telah meningkat sebanyak 69 peratus dalam satu dekad, daripada 4.7 tan pada 2009 kepada hampir lapan tan pada 2019, menjana pendapatan lebih 100 juta euro.

    Tetapi bukan sahaja penternakan Inzerki yang mengalami masalah.

    Mohamed Choudani, dari kesatuan penternak lebah UAM, berkata krisis itu melanda populasi lebah di seluruh negara.

    Musim panas lalu, 36,000 penternak lebah Maghribi menguruskan sekitar 910,000 sarang, meningkat sebanyak 60 peratus sejak 2009, menurut angka rasmi.

    Tetapi Choudani berkata sejak Ogos lalu, 100,000 koloni telah hilang di wilayah tengah Beni Mellal-Khenifra sahaja.

    Lebah dan pendebungaan lain adalah penting untuk pembiakan lebih daripada tiga perempat tanaman makanan dan tumbuhan berbunga.

    Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB berkata lebah memainkan “peranan penting dalam memastikan manusia dan planet ini sihat”, dengan PBB berkata mereka “berfungsi sebagai pengawal untuk risiko alam sekitar yang timbul, menandakan kesihatan ekosistem tempatan”.

    ‘Warisan luar biasa’

    Bagi penduduk kampung Inzerki, masalah sarang adalah bencana ekologi dan ekonomi tetapi juga krisis untuk warisan unik mereka.

    Chatoui, penternak lebah, berkata ramai penduduk Inzerki tidak mampu untuk memulihkan sarang yang telah hilang.

    “Sesetengah keluarga telah memutuskan untuk berhenti se-penuhnya dalam penternakan lebah,” katanya.

    Sarang di Inzerki menghadapi masalah, sebahagian daripada struktur, baru-baru ini disenaraikan sebagai tapak warisan negara, yang semakin lemah.

    Ahli geografi, Hassan Benalayat berkata pengabaian itu disebabkan oleh beberapa faktor di samping perubahan iklim, termasuk kedatangan pertanian moden dan penghijrahan umum dari luar bandar.

    Sekitar 80 keluarga di kampung tersebut pernah memelihara lebah tetapi sekarang terdapat kurang daripada 20 keluarga.

    “Adalah penting untuk mengekalkan warisan yang luar biasa ini,” kata Benalayat.

    Chatoui dan penduduk kampung lain telah menubuhkan persatuan untuk memulihkan struktur, serta menanam herba untuk lebah yang lebih mampu bertahan dengan keadaan panas dan gersang.

    “Situasinya kritikal, tetapi itu tidak bermakna saya akan berputus asa,” kata Chatoui.

    “Matlamatnya bukan semata-mata untuk menghasilkan madu, tetapi untuk melindungi sarang dan memastikan lebah bertahan sehingga hari yang lebih baik,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...