Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemas kini mengenai vaksinasi

    Berita penyambungan semula penggunaan vaksin AstraZeneca disambut baik namun penuh berhati-hati oleh rakyat di negara ini.

    Ramai yang masih meragui vaksin tersebut apa lagi berita mengenainya masih sahaja kedengaran di dada-dada akhbar dan televisyen.

    Selain AstraZeneca, terdapat vaksin lain seperti Moderna dan Sinovac yang juga akan didatangkan dalam masa terdekat, namun tarikh tepat ketibaannya belum diumumkan. Jika ada rangka masa atau time frame, mungkin lebih baik lagi bagi orang ramai. Begitu juga time frame untuk vaksinasi warga emas dan yang lainnya, belum lagi didedahkan pihak berkenaan manakala jumlah sebenar barisan hadapan yang perlu divaksin juga agak samar.

    Apa yang diketahui kategori penerima vaksin termasuklah petugas kesihatan, petugas imigresen, penerbangan, polis dan beberapa lagi anggota beruniform. Jika diketahui jumlahnya, lebih baik untuk meyakinkan orang ramai mengambil vaksin. Manakala bila tiba masanya kelak bagi mereka yang sudah mendapatkan vaksinasi kedua, eloklah juga dibuat pengiraan.

    Bersama melindungi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda