Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi memaklumkan pengambilan melalui HECAS bagi kemasukan ke Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi bulan Ogos 2025 Sesi Akademik 2025/2026 secara dalam talian akan bermula pada 21 Januari bermula 9 pagi.
Tarikh tutup bagi kemasukan IPTA di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) dan permohonan Biasiswa Kerajaan ke Luar Negeri di bawah kendalian Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan adalah pada 25 Februari, jam 3 petang.
Bagi keterangan lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS yang baru di hecas.moe.gov.bn.
Untuk pertanyaan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel di ask.hecas@moe.gov.bn atau melalui nombor telefon 2381992/2381224 semasa waktu pejabat.
