Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian akibat COVID-19 cecah hampir lima juta

    AMMAN, 6 OKT – Jumlah kes COVID-19 di dunia kini sudah melepasi 236 juta orang, manakala lima juta nyawa terkorban, menurut statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

    Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan jumlah kematian mingguan menurun di paras terendah sejak 2020, ketika awal gelombang jangkitan kedua, selepas penurunan berterusan bermula akhir Ogos.

    Jumlah vaksin yang diedarkan sehingga 4 Okt berjumlah 123 dos per 100 orang di Amerika Utara, berbanding hanya 11 dos di Afrika, menurut statistik itu. Rata-rata penerima vaksin di separuh benua Afrika tidak melebihi dua peratus berbanding jumlah penduduk. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda