Kematian akibat serangan pengganas menurun

PARIS, 20 NOV – Bilangan kadar kematian di dunia akibat keganasan menurun 15.2 peratus pada tahun 2018, walaupun negara-negara yang berdepan dengan keganasan extremis semakin me-ningkat, Indeks Keganasan Global 2019 menunjukkan.

Daripada kadar tertinggi sebanyak 33,555 kematian pada tahun 2014 ketika mana Islamic States semakin berkembang terutamanya di kawasan timur tengah, bilangan kematian akibat keganasan global dianggarkan kira-kira 15,952 pada tahun 2018, menurut indeks yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney (IEP).

Penurunan tersebut pada tahun 2018 direkodkan di Iraq, di mana negara itu telah berjaya menuntut kembali wilayahnya daripada IS tahun lalu, dan Somalia, di mana anggota tentera AS sering kali melakukan serangan udara bagi menentang kumpulan ekstremis Shabaab sejak tahun 2017.

Untuk kali pertama pada tahun 2013, Iraq menjadi salah sebuah negara yang tidak tersenarai dalam negara yang terlibat dalam serangan akibat pengganas.

Manakala Afghanistan, di mana Taliban menganggap kawasan itu paling banyak mencatatkan kematian akibat keganasan yang dicetuskan oleh IS, telah merekodkan sebanyak 1,443 serangan dengan 7,379 kematian. Iraq pula mencatatkan 1,131 serangan yang mengakibatkan kematian sebanyak 1,054 dan Nigeria dengan 562 serangan dan 2,040 kematian.

Syria pula mencatatkan 131 serangan yang meragut 662 jiwa berada di tempat keempat. Di Eropah, tiada sebarang kejadian serangan telah direkodkan pada tahun 2018, di mana bilangan kematian menurun daripada 200 pada tahun 2017 kepada 62 orang. – AFP