Kematian di Indonesia kini lebih 300 orang

JAKARTA, 10 APRIL – Sebanyak 26 lagi kematian akibat virus COVID-19 dilaporkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam sejak pukul 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlahnya  kini meningkat kepada 306 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata dalam tempoh yang sama jumlah kes positif virus itu bertambah 219, menjadikan jumlahnya kini 3,512 kes.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 154 kes, diikuti Jawa Barat (40 kes), Jawa Tengah (22), Jawa Timur (22) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.– Bernama