GENEVA, 3 Mei – Kematian akibat ebola dalam letusan wabak terbaharu Congo dijangka melebihi 1,000 orang hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan, ketika wabak itu terus menyerang pekerja kesihatan yang cuba mengekang rebakkan virus tersebut.
Dalam wabak yang diisytiharkan di timur Congo dalam Ogos, ia sudah pun merupakan yang kedua paling banyak membawa maut dalam sejarah dan usaha untuk mengekangnya pula dirumitkan dengan keadaan huru-hara dan ketidakpercayaan masyarakat yang mendalam.
Jumlah kematian adalah 994 orang hari ini, namun dijangka melepasi 1,000 orang apabila kementerian kesihatan Congo mengeluarkan jumlah harian lewat hari ini. – AP