Kematian harian Sepanyol menurun di bawah 200

MADRID, 3 MEI – Sepanyol hari ini mencatatkan 164 lagi kematian koronavirus, angka harian paling rendah dalam hampir tujuh minggu dengan negara tersebut mula melonggarkan perintah berkurung secara berperingkat.

Angka dari kementerian kesihatan membawa jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik di Sepanyol kepada 25,264 orang – angka keempat tertinggi selepas Amerika Syarikat, Itali, dan Britain.

Ia merupakan peningkatan harian paling rendah sejak 18 Mac apabila 107 kematian direkodkan tetapi penyelaras kecemasan kementerian, Fernando Simon, berkata angka itu perlu ditafsirkan dengan ‘hati-hati’ dengan cuti hujung minggu bakal menjelang apabila laporan kematian oleh hospital-hospital selalunya menjadi lebih perlahan. – AFP

Penduduk Sepanyol dibenarkan keluar rumah untuk bersenam selepas menjalani perintah berkurung tujuh minggu. Sepanyol mencatatkan 164 lagi kematian koronavirus dan ia merupakan angka terendah harian sejak 18 Mac dengan 107 kematian. – AP