Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Kematian pelatih NHDP akibat pembuluh darah ke otak pecah

    IPOH, 7 NOV – Pembuluh darah ke otak pecah (Intracranjal Hemorrhage) menjadi punca kematian pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) yang meninggal dunia di asrama Majlis Sukan Negara (MSN) Perak, di sini semalam.

    Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata ia adalah hasil bedah siasat ke atas mayat Bill Wolfson Anak Lianie, 14, yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 9 pagi tadi.

    “Hasil siasatan lanjut, ibu si mati mengesahkan anaknya memang mempunyai rekod masalah kesihatan sejak kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata susulan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mendiang akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak bagi urusan pengebumian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...