Kematian pertama pekerja buruh Piala Dunia Qatar

DOHA, 26 JUN – Penganjur Piala Dunia Qatar melaporkan kematian COVID-19 pertama dari seorang pekerja buruh binaan di salah sebuah stadium bagi kejohanan 2022 itu kelmarin.

Penganjur kejohanan Qatar memberitahu AFP bahawa 1,102 kes disahkan positif COVID-19 di kalangan pekerja di projek pembinaan kejohanan dengan 121 kes masih aktif.

Pertama kali dilaporkan oleh Doha News dari sebuah laman web yang terkenal di Qatar, mangsa adalah seorang jurutera berusia 50an yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Qatar mempunyai kadar jangkitan per kapita tertinggi di dunia dengan 3.3 peratus daripada 2.75 juta penduduknya positif. Sebahagian besar mereka telah pulih dengan hanya 17,591 kes masih aktif yang dilaporkan dalam statistik rasmi terkini bersama dengan 104 kes kematian.

Penganjur Qatar melaporkan jangkitan pertama di kalangan pekerjanya pada 15 April dengan lima kes dari tiga projek stadium. – AFP