Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kematian setiap empat saat akibat kebuluran

    NEW YORK, 21 SEPT – Lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia memberi amaran seorang penduduk dunia mati kelaparan setiap empat saat dan menggesa tindakan tegas antarabangsa diambil untuk menamatkan krisis kelaparan di seluruh dunia.

    Dalam sepucuk surat kepada para pemimpin dunia yang berhimpun di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 238 badan daripada 75 negara, termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan England (Oxfam), Organisasi kemanusiaan Save the Children dan Plan International meluahkan kemarahan terhadap isu kebuluran yang kian melonjak.

    “Seramai 345 juta orang kini mengalami ‘kebuluran akut’, jumlah yang me-ningkat lebih dua kali ganda sejak 2019. “Walaupun pemimpin dunia berjanji tiada isu kebuluran akan berlaku lagi pada abad ke-21, isu kebuluran masih berlaku di Somalia. Dianggarkan 50 juta orang di 45 negara mungkin mengalami kebuluran,” menurut kenyataan badan-badan NGO berkenaan.

    Difahamkan, seramai 19,700 orang pula dianggarkan meninggal dunia akibat kebuluran setiap hari sama dengan seorang meninggal dunia setiap empat saat akibat kelaparan.

    Kesatuan Jagaan Keluarga Yaman, Mohanna Ahmed Ali Eljably memaklumkan, isu ini disifatkan sebagai sesuatu yang teruk kerana dengan kecanggihan teknologi dalam bidang pertanian dan penuaian pada masa kini, dunia masih membincangkan mengenai masalah kebuluran.

    “Ini bukan melibatkan sebuah negara atau satu benua, kebuluran tidak terjadi disebabkan satu punca sahaja. Ini tentang ketidakadilan dalam hal kemanusiaan,” tegasnya yang meminta pemimpin di seluruh dunia mengambil tindakan segera. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...