Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kembali bergelar isteri, Syura beralah balik raya kampung suami

    Sambutan Aidilfitri kali ini sedikit berbeza buat penyanyi Syura apabila dia kembali kembali bergelar isteri.

    Walaupun pernah melalui momen itu pada perkahwinan terdahulu, Syura, 36, mengakui bimbang juadah dan masakannya tidak menepati cita rasa suami dan keluarga mentua.

    “Dia (suami) sudah biasa dengan juadah raya yang dimasak oleh ibunya. Jadi takut juga kalau kali ini saya masak tidak kena dengan selera dia.

    “Bukan senang mahu tandingi air tangan ibu mentua. Jadi tahun ini saya akan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan juadah buat keluarga sebelah suami,” katanya kepada mStar.

    Syura bernikah dengan jejaka pilihannya bernama Farizat Ismail pada 22 Januari lalu di Masjid As Salam, Puchong Perdana.

    Farizat berjaya menambat hati Syura untuk kembali mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Ini merupakan perkahwinan kedua buat Syura selepas berpisah dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

    Bercakap tentang keterujaan melakukan persiapan raya tahun ini, kata Syura pastinya dia memilih warna baju sedondon dengan suami untuk dipakai di pagi raya.

    Dia juga akan menyambut Hari Raya di kampung halaman suaminya dia Banting, Selangor sebelum pulang ke Johor bersama keluarga sendiri.

    “Sebelum ini hanya lihat baju secara online atau pilih sahaja mana-mana yang saya suka. Tetapi tahun ini kenalah sedondon dengan suami.

    “Untung suami saya dapat isteri yang dah ada pengalaman berkahwin. Saya sangat memahami dan tak perlu nak gaduh balik raya di mana. Tahun ini saya ikut dahulu raya di kampung suami,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...