Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kembalikan nostalgia aktiviti nyala pelita

    PORT DICKSON – Masjid Kariah Kampung Paya menampilkan kelainan tersendiri dengan menghiasi lapangan masjid berkenaan dengan 500 pelita, bagi menyambut kedatangan Syawal.

    Usaha murni tiga ahli kariah iaitu Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, Wan Rosli Wan Yaacob dan Abu Bakar Nordin di kampung tersebut, bertujuan mahu menarik lebih ramai golongan muda lebih rajin ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah serta melakukan aktiviti keagamaan di masjid.

    Muhammad Syafiq, 43, berkata Program Cahaya anjuran masjid berkenaan diharapkan dapat menghidupkan semula suasana zaman kanak-kanak dahulu, dalam menyambut Ramadan dan Syawal.

    “Lebih meriah lagi aktiviti pemasangan serta menyalakan sumbu pelita se-tinggi enam meter berkeluasan sembilan meter itu, dilakukan bersama-sama penduduk kampung tanpa mengira usia dapat mengeratkan silaturahim.

    “Kerja pemasangan pelita ini dilakukan 10 orang, iaitu melibatkan ahli kariah masjid dan orang kampung di sini. Idea ini dibincangkan sejak dua tahun lalu dan apabila kerajaan mengumumkan fasa peralihan ke endemik, jadi kami jayakan program ini,” katanya kepada Bernama.

    Muhammad Syafiq berkata kerja pemasangan pelita dilakukan sejak empat hari lepas dan Masjid Kariah Kampung Paya, adalah yang pertama di negeri ini mengambil inisiatif itu, menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat mereka.

    Katanya inisiatif itu juga mendapat persetujuan pihak pengurusan masjid, yang turut menyumbangkan bahan pemasangan pelita selain mendapat sumbangan secara individu.

    Jelasnya usaha itu adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan masyarakat setempat di setiap peringkat usia di kampung tersebut, sekali gus menarik minat masyarakat melakukan aktiviti lebih berilmiah di masjid. – Bernama

    Ahli Kariah Masjid Kariah Kampung Paya Wan Rosli Wan Yaacob dilihat sibuk menyalakan pelita di perkarangan masjid tersebut baru-baru ini. – Bernama
    Jemaah Masjid Kariah Kampung Paya dilihat sibuk memasang serta menyalakan api pada pelita di perkarangan masjid tersebut baru-baru ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...