Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ‘Kembalikan status bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan’

    LABUAN, 8 MAC – Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menggesa kerajaan mengembalikan status pulau bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan bagi meningkatkan pembangunan ekonominya.

    Ahli Majlis Tertinggi KDCA, Peter Pikul berkata ekonomi Labuan cergas pada masa lalu, ditambah pula dengan status bebas cukai yang merupakan antara tarikan utama pulau itu.

    “Bukan sahaja ekonomi rancak tetapi terdapat juga banyak peluang pekerjaan yang tersedia dan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan dulu.

    “Apabila cukai dikenakan terhadap barangan tertentu, daya tarikan Labuan kelihatan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Peter yang juga bekas Pengerusi KDCA Labuan berkata pengembalian status bebas cukai sepenuhnya akan mengaktifkan semula ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Labuan.

    Untuk rekod, kerajaan telah menye-naraikan rokok dan produk tembakau sebagai barangan dikenakan bercukai di semua pulau bebas cukai termasuk Labuan sejak 1 Januari 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...