Kembang pasaran kerja dalam kalangan graduan

MIRI, 13 April – Bagi melengkapkan graduan yang berkualiti untuk memasuki alam pekerjaan, Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) sedang bekerjasama dengan JobStreet.com, sebuah portal pekerjaan terkemuka di Asia bagi pembangunan kerjaya profesional untuk para pelajarnya menerusi beberapa inisiatif termasuk pelancaran Graduate Employability Programme di bawah portal itu di universiti berkenaan.

Program itu mengandungi empat segmen iaitu Pensijilan Perkhidmatan Kerjaya, Program Duta Pelajar, Kajian Eksekutif dan penubuhan Bilik Kerja.

Pengurus Kanan bagi Pemasaran Calon Serantau, Dominic Wong dan Penasihat Tenaga Kerja bagi Perjanjian dan Perkongsian, Edmund Teh telah berada di Curtin Malaysia baru-baru ini untuk memberi latihan kepada pasukan perkhidmatan kerjaya dan pengambilan 10 duta pelajar di Jobstreet sebelum program itu dilancarkan.

Bergambar ramai bersama kakitangan dan duta pelajar Jobstreet Curtin Malaysia.

Hadir pada majlis pelancaran itu ialah Naib Pro-Canselor Curti Malaysia Professor Beena Giridharan, Ketua Pegawai Operasi Kingsley Francis Charles, Dekan Pemberlajaran dan Pengajaran Professor Tang Siew Fun, Dekan Kejuruteraan dan Sains Ir. Professor Lau Hieng Ho dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Dinesh Rajenthiran.

Menurut Profesor Giridharan, “Perolehan siswazah adalah salah satu fokus utama kami dan penting bagi para pelajar dan siswazah kami untuk memaksimumkan kebolehpasaran mereka dan bersedia untuk bekerja di pasaran yang kompetitif.