Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
TEMBURONG, 16 Jan – Lebih 50 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Bangar dan majlis-majlis perundingan kampung di bawah Mukim Bangar telah menyertai acara Larian Beramai-ramai sejauh 2.5 kilometer yang bermula dan berakhir di Kompleks Bumiputera, Pekan Bangar, Daerah Temburong, baru-baru ini.
Larian tersebut julung-julung kalinya dianjurkan oleh Mukim Bangar dan pelepasan para peserta telah disempurnakan oleh pegawai pemerintah Daerah Polis Temburong.
Turut menyertai larian ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, penghulu dan ketua-ketua kampung dan penduduk sekitar Mukim Bangar.
Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merussin berkata, larian yang diungkayahkan tersebut mempunyai satu matlamat iaitu memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Mukim Bangar dan penduduk Daerah Temburong amnya untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Dalam masa yang sama, ia juga membantu mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti larian di Daerah Temburong dengan kemampuan yang ada, ujar beliau.
