Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Kembangkan kemahiran urusan rumah tangga

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 7 OGOS – Dalam mengetengahkan pelbagai kemahiran dan bakat dalam urusan rumah tangga, Persatuan Pertiwi telah menganjurkan Pameran dan Pertandingan Urusan Rumah Tangga yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kluster 6, Jabatan Sekolah-sekolah, Dayang Halizawati binti Haji Kepli yang dialu-alukan oleh setiausaha persatuan berkenaan, Dayang Halimah binti Abdullah.

    Acara berkenaan menyaksikan lebih 50 peserta dari pelbagai peringkat usia yang menyertai lebih 50 kategori pertandingan berkenaan, termasuk 10 kategori bagi pelbagai jenis gubahan, tiga jenis bahagian jahitan dan anyaman, sembilan jenis bahagian masakan, 13 jenis bahagian kuih-muih dan lima kategori bagi bunga hidup.

    Dayang Halimah dalam ucapannya bagi pihak pengerusi persatuan, Dayang Fatimah binti Tanji, menjelaskan bahawa pertandingan berkenaan merupakan acara tahunan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Menurutnya, sambutan terhadap pertandingan berkenaan pada setiap tahun adalah amat menggalakkan, di mana ramai yang tampil menunjukkan kemahiran dan bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti masakan, anyaman dan banyak lagi.

    Beliau turut menekankan bahawa pertandingan berkenaan juga merupakan peluang bagi golongan wanita berkongsi pengetahuan dan kemahiran rumah tangga bersama wanita yang mempunyai minat sama dan berharap bahawa pertandingan itu akan terus mengaspirasikan golongan wanita untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.

    Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik keseluruhan, dengan Dayang Has-mah binti Haji Hamdi mendapat tempat pertama, diikuti oleh Dayang Noryah binti Haji Hussin dan Dayang Rosfadilah binti Haji Osli masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Kemudian, tetamu kehormat menyaksikan pameran hasil penyertaan peserta dalam pelbagai kategori yang turut dibukakan bagi kunjungan orang ramai pada sebelah petang.

    Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan tempat pertama.
    Tetamu kehormat menyaksikan pameran yang ditampilkan oleh peserta untuk pertandingan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...