Kembar berusia 107 tahun diiktiraf individu tertua di dunia

TOKYO, 20 SEPT – Dua adik-beradik perempuan warga Jepun telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai kembar seiras yang paling tua di dunia masih hidup, berusia 107 tahun dan 330 hari, menurut pertubuhan itu hari ini.

Pengumuman itu bersempena dengan Hari Penghormatan Orang Lanjut Usia, satu cuti awam di Jepun.

Adik-beradik Umeno Sumiyama dan Koume Kodama dilahirkan di pulau Shodoshima di barat Jepun pada 5 November 1913, merupakan anak ketiga dan keempat daripada 11 adik-beradik.

Adik-beradik itu pada tarikh 1 September memecah rekod kembar perempuan sebelumnya iaitu Kin Narita dan Gin Kanie yang berusia 107 tahun dan 175 hari, menurut Rekod Dunia Guinness dalam satu kenyataan.

Kira-kira 29 peratus penduduk daripada 125 juta di Jepun, yang mempunyai penduduk negara berusia paling pesat di dunia adalah 65 tahun atau ke atas, menurut kementerian kesihatan dan kebajikan.

Lebih 86,000 daripada mereka berumur sekurang-kurangnya 100 tahun – separuh daripadanya akan mencapai usia 100 tahun ini. Sumiyama dan Kodama dipisahkan selepas mengakhiri sekolah rendah, apabila Kodama dihantar untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Oita di pulau Kyushu.

Dia kemudian berkahwin di sana, sementara Sumiyama masih lagi di pulau tempat mereka membesar dan mempunyai keluarga sendiri. – AP