Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kembar siam Brazil berjaya dipisahkan

    RIO DE JANEIRO, 1 OGOS – Pasangan kembar siam di Brazil yang bercantum di bahagian kepala dan otak berjaya dipisahkan kelmarin dalam satu prosedur pembedahan yang mencabar menggunakan teknologi realiti maya, kata pasukan pembedahan.

    Pasangan kembar yang dikenali sebagai Arthur dan Bernardo Lima dilahirkan pada tahun 2018 di negeri Roraima utara Brazil di mana kembar tersebut bercantum pada bahagian atas tengkorak, satu kondisi kesihatan yang jarang berlaku.

    Mereka bercantum di bahagian kepala selama hampir empat tahun dan menghabiskan masa di sebuah bilik khas di hospital serta kini dapat memandang muka antara satu sama yang lain buat kali pertama selepas sembilan operasi pembedahan selama 23 jam untuk memisahkan kembar tersebut.

    Badan kesihatan yang berpangkalan di London, Gemini Untwined, telah membantu menjalankan operasi pembedahan memisahkan kembar siam tersebut serta menyifatkannya sebagai “perpisahan yang paling mencabar dan kompleks setakat ini,” memandangkan kembar itu berkongsi beberapa saraf utama. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...