Kembara dan menentang samurai yang kejam

Oleh Zulkamal Haji Kamis

PERMAINAN video Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan video berkonsepkan aksi dan kembara. Permainan video ini telah dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Activision. Sekiro: Shadows Die Twice dikeluarkan dalam beberapa platform iaitu untuk Microsoft Windows, Play Station 4 dan Xbox One pada 22 Mac yang lalu.

Permainan ini meletakkan wira utama, Shinobi Sengoku yang dikenali sebagai ‘wolf’ cuba untuk membalas dendam terhadap samurai yang telah menyerangnya dan menculik tuannya sehingga ia kehilangan tangan kirinya. Sekiro: Shadows Die Twice menerima pujian yang hebat daripada para pengkritik permainan video.

Corak permainan

Permainan video Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan aksi kembara yang memerlukan pemain memegang watak Shinobi. Berbanding dengan siri permainan video Soul’s dari FromSoftware, permainan video ini mempunyai kekurangan dari sudut kelengkapan wira, kekurangan watak-watak wira yang lain, kepelbagaian yang minima dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, tahap kemahiran, corak perlawanan dan keupayaan semakin baik seperti mengurangkan nyawa musuh dapat meningkatkan lagi tahap ‘nyawa’ Shinobi dan penggunaan pisau katana untuk menyerang musuh yang pelbagai.

Permainan ini meletakkan wira utama, Shinobi Sengoku yang dikenali sebagai ‘wolf’ cuba untuk membalas dendam terhadap samurai yang telah menyerangnya.
Sekiro telah berjaya menarik sekitar 108,000 pemain dalam saluran Steam, catatan yang tertinggi untuk permainan video baharu yang dilancarkan sekitar Januari-Mac 2019.
Permainan video ini diterbitkan oleh Activision di seluruh dunia, dengan kerjasama FromSoftware yang menerbitkan permainan video ini di Jepun dan Cube Game untuk rantau Asia-Pasifik.

Dalam permainan video ini, serangan Shinobi boleh diaktifkan dengan melakukan beberapa kemahiran sehingga membolehkan Shinobi menggunakan katananya dengan sekali pukul sehinggalah musuh terus ‘mati’.

Permainan video ini juga memasukan elemen yang tersembunyi di mana membolehkan pemain dengan segera menghapuskan musuh jika mereka masuk ke dalam lingkungan yang tidak dapat dikesan. Selain itu, pemain juga boleh menggunakan pelbagai peralatan untuk membantu dalam pertempuran dan penerokaan seperti tali cengkaman.

Jika Shinobi mati dalam permainan ini, ia dapat dihidupkan semula dalam lokasi yang sama berbanding bermula semula di lokasi permulaan.

Ringkasan plot permainan

Permainan video ini dibayangkan berlaku pada lewat abad ke-16 di Sengoku, Jepun. Pemain perlu mengawal Shinobi yang ditinggalkan mati setelah tuannya diculik dan tangannya dipotong oleh samurai terkemuka, Klan Ashina. Shinobi hidup semula dan mendapati tangannya yang dipotong itu digantikan dengan tangan palsu misteri, yang kemudiannya mengelar Shinobi sebagai Sekiro atau ‘The One Armed Wolf’.

Kronologi perkembangan

Penciptaan Sekiro bermula pada akhir tahun 2015, setelah selesai kandungan Bloodborne, The Old Hunters. Permainan ini didedahkan melalui sebuah promosi dalam Anugerah Permainan Video 2017 pada bulan Disember tahun lepas, yang menunjukkan perkataan ‘Shadows Die Twice’. Tajuk penuh permainan ini diperkenalkan pada sidang akhbar Microsoft di E3 pada tahun 2018. Permainan video ini diarahkan oleh Hidetaka Miyazaki dari studio pembangunan FromSoftware Jepun yang terkenal setelah mencipta siri Soul dan Bloodborne.

Permainan video ini diterbitkan oleh Activision di seluruh dunia, dengan kerjasama FromSoftware yang menerbitkan permainan video ini di Jepun dan Cube Game untuk rantau Asia-Pasifik.

Sekiro berinspirasikan daripada siri permainan Stealth-Tenchu di mana turut dikembangkan oleh FromSoftware. Pada mulanya Sekiro dianggap sebagai sambungan atau sambungan daripada Tenchu, namun disebabkan oleh penerbitan studio yang berbeza, projek permainan video ini berdiri menjadi satu.

Selain itu, walaupun permainan video ini berlaku semasa tempoh bersejarah di Jepun namun tidak ada individu-individu bersejarah atau lokasi yang sebenar dipaparkan dalam permainan ini bagi tujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat.

Penerimaan khalayak

Sekiro telah berjaya menarik sekitar 108,000 pemain dalam saluran Steam, catatan yang tertinggi untuk permainan video baharu yang dilancarkan sekitar Januari-Mac 2019 dan ketiga dalam kedudukan permainan video Jepun di belakang Monster Hunter: World and Dark Souls III.

Semasa minggu pertama, Sekiro telah mendahului kedua-dua carta UK dan EMEAA serta berjaya memintas permainan video The Division 2. Di Jepun, Sekiro turut menerima sambutan yang hebat di mana sekitar 157,548 salinan video tersebut telah dijual pada hujung minggu yang lepas.