Kembodia rayu tarif import beras EU

BRUSSELS, 12 April – Kemboja berkata semalam ia akan membawa EU ke mahkamah Eropah selepas Brussels mengenakan import beras dengan tarif mahal ke atas negara Asia.

Tindakan itu diambil selepas Suruhanjaya Eropah, cawangan eksekutif EU pada Januari mengenakan duti ke atas import beras Indica dari Kemboja dan Myanmar selama tiga tahun.

EU telah mengadu tentang pertambahan ‘besar’ dalam import beras Indica dalam tempoh lima tahun lalu, yang telah menghukum pengeluar Eropah, terutama di Itali.

Bahagian pasaran pengeluar EU merosot dalam tempoh ini daripada 61 peratus kepada 29 peratus, kata suruhanjaya.

“Langkah perlindungan pada asasnya adalah salah dan pelaksanaan undang-undang EU yang salah,” kata kenyataan daripada Persekutuan Beras Kemboja.

“Pengenalan semula duti import menjejas ekonomi Kemboja dan industrinya, terutama rakyatnya,” kata kenyataan.

Sehingga Januari, Kemboja dan Myanmar telah menerima faedah sepenuhnya daripada inisiatif ‘Segalanya Kecuali Senjata’ yang membenarkan negara membangun mengkepsort produk mereka ke EU tanpa duti.

Beras Indica dari kedua-dua negara tertakluk kepada duti sebanyak 175 euro satu tan dalam tahun pertama, merosot kepada 150 euro dalam tahun kedua dan 125 euro dalam tahun ketiga.

Kemboja dan Myanmar telah kehilangan akses khas kepada pasaran terbesar dunia disebabkan rekod hak asasi manusia mereka dalam satu proses berasingan. – AFP