Kemboja berdepan kesukaran Kesan penumpang COVID-19

PHNOM PENH, 17 FEB – Pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengesan beratus-ratus penumpang yang berpotensi dijangkiti COVID-19 selepas sebuah kapal persiaran mewah berlabuh di Kemboja, di mana seorang pelancong telah didiagnosis dengan virus itu.

Westerdam berada di laut selama dua minggu di mana ia dihalang oleh Jepun, Guam, Filipina, Taiwan dan Thailand untuk mendarat berikutan dengan kebimbangan penumpang kapal berkenaan akan membawa wabak COVID-19 yang berasal dari China dan telah membunuh lebih daripada 1,700 orang.

Kemboja, sekutu Beijing yang kuat, membenarkan kapal itu berlabuh di pekan pantai selatan Sihanoukville, dengan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan suhu pada penumpang sebelum mereka meninggalkan kapal itu untuk menaiki pesawat kembali ke negara masing-masing.

Bagaimanapun seorang pelancong telah ditahan lewat Sabtu lalu ketika tiba di Malaysia selepas kakitangan lapangan terbang mendapatinya memiliki simptom-simptom wabak berkenaan yang kemudiannya didiagnosis dengan wabak itu.

Wanita Amerika berusia 83 tahun dan suaminya, 85 sedang berada di bawah pemantauan di salah sebuah hospital.

Seorang lelaki ketika melintasi kapal persiaran Westerdam yang berlabuh di Pelabuhan Sihanoukville pada 15 Februari. Pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengesan beratus-ratus penumpang yang berpotensi dijangkiti COVID-19 selepas sebuah kapal persiaran mewah berlabuh di Kemboja, di mana seorang pelancong telah didiagnosis dengan virus itu. – AFP

Seramai 137 orang penumpang lagi dari Westerdam yang menggunakan penerbangan Malaysia terdiri warga Amerika kini telah meninggalkan penerbangan komersil untuk destinasi lain.

Pengendali pelayaran Holland America berkata pada Ahad lalu ia sedang bekerjasama dengan pegawai Malaysia dan Kemboja bersama pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Syarikat itu bekerja dengan ‘pihak berkuasa kesihatan negara untuk menyiasat dan melakukan penyiasatan terhadap individu yang mungkin bersentuhan dengan penumpang itu,” kata Dr Grant Tarling, ketua pegawai pengendali perubatan.

Sementara 233 penumpang dan 747 anak kapal kekal berada di Westerdam, yang masih berada di Sihanoukville. Pihak berkuasa telah membenarkan mereka meninggalkan kapal untuk meneruskan penerbangan mereka tetapi mereka yang berada di atas kapal memberitahu AFP mereka kini tidak dibenarkan keluar.

Kementerian Kesihatan Kemboja berkata mereka secara aktif sedang mengesan mana-mana individu yang disyaki dan menggesa orang ramai tidak terlalu risau. Penumpang lain yang telah meninggalkan kapal itu berada di Phnom Penh untuk menunggu penerbangan pulang. Tweet oleh penumpang Christina Kerby berkata kementerian kesihatan Kemboja telah mengarahkan mereka untuk tinggal di bilik hotel mereka. – AFP