Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Kemboja catat peningkatan kehadiran pelancong asing

    PHNOM PENH, 4 NOV – Taman Arkeologi terkenal Kemboja, Angkor menerima kunjungan 169,349 orang pelancong asing dalam tempoh 10 bulan pertama 2022, melonjak 2,224 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut laporan rasmi hari ini.

    Taman tersebut menjana pendapatan AS$6.76 juta hasil daripada penjualan tiket dari Januari hingga Oktober tahun ini, meningkat 2,155 peratus dari tahun ke tahun, menurut laporan Angkor Enterprise.

    Pelancong asing dari 125 buah negara dan wilayah mengunjungi taman itu semasa tempoh tersebut, tambah laporan.

    Terletak di wilayah barat laut Siem Reap, Taman Arkeologi Angkor yang berkeluasan 401 meter persegi, telah disenarai sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1992, merupakan destinasi pelancongan paling terkenal di negara itu.

    Semasa sebelum pandemik COVID melanda, taman Angkor menerima sehingga 2.2 juta orang pelancong asing pada 2019, menjana pendapatan AS$99 juta dolar hasil penjualan tiket, menurut Angkor Enterprise.

    Menurut Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen kelmarin, kadar vaksinasi yang tinggi telah membantu memulihkan semula industri pelancongan di negara itu.

    Beliau berkata vaksin COVID telah memberikan pelindungan di Kemboja sehingga membolehkan negara untuk membuka semula sempadannya dengan yakin pada penghujung 2021. – Xinhua

    Taman Arkeologi Angkor menerima kunjungan seramai 169,349 pelancong asing dalam tempoh 10 bulan pertama 2022, melonjak 2,224 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...