Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kemboja gesa penyertaan meluas lindungi gajah

    PHNOM PENH, 12 OGOS – Kemboja hari ini menyeru bagi penyertaan meluas daripada semua stakeholders untuk melindungi dan memulihara gajah Asia di kawasan dilindungi di negara itu.

    Rayuan dibuat pada Hari Gajah Sedunia. Gajah Asia tersenarai sebagai haiwan terancam di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

    Setiausaha Rendah Kementerian Alam Sekitar yang juga jurucakapnya, Neth Pheaktra mengatakan Kemboja merupakan habitat kepada lebih 400 sehingga 600 gajah liar Asia yang kebanyakan hidup di Pergunungan Cardamon dan di wilayah utara Mondulkiri dan Ratanakiri.

    Terdapat kira-kira 70 gajah peliharaan di negara Asia Tenggara itu, tambahnya.

    “Gajah Asia terancam di seluruh dunia, termasuk Kemboja kerana pemburuan haram, terkena jerat, konflik manusia-gajah, penangkapan untuk dijinakkan dan degradasi habitatnya,” katanya dalam satu kenyataan media. – Xinhua

    Peningkatan bilangan gajah Asia hasil pemuliharaan di Xishuangbanna, China. Kemboja turut menyeru penyertaan meluas melindungi dan memulihara gajah Asia sempena Hari Gajah Sedunia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...