Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kemboja hulur bantuan kepada Myanmar

    PHNOM PENH, 2 JUN – Kemboja hari ini menyumbangkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$300,000 kepada Myanmar yang dilanda oleh siklon, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa pakej kemanusiaan akan membantu usaha Myanmar untuk mengurangkan kesan Siklon Mocha, yang telah mengakibatkan kehilangan ratusan jiwa dan kerosakan pada harta benda dan infrastruktur di wilayah Rakhine, Myanmar.

    Setiausaha negeri Nhim Khemara dari Kementerian Luar Kemboja menyerahkan pakej tersebut kepada U Thit Linn Onh, duta Myanmar ke Kemboja pada majlis di Kementerian Luar di Phnom Penh, menurut kenyataan.

    Khemara mengucapkan takziah yang mendalam atas kesan taufan yang meluas ke atas kehidupan dan harta benda rakyat Myanmar, dengan harapan Myanmar akan segera mengatasi keadaan mencabar ini. – Xinhua

    Penduduk tempatan melintasi bangunan yang roboh akibat Siklon Mocha. Kemboja telah menyumbangkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$300,000 kepada Myanmar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...