Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kemboja laksana semula VOA

    PHNOM PENH, 17 MAC – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen hari ini mengumumkan bahawa semua pengembara memasuki negara itu tidak lagi perlu menghadapkan sijil perubatan bagi PCR negatif dalam masa 72 jam sebelum ketibaan mereka ke negara itu.

    Berucap pada majlis perasmian sebuah rumah anak yatim di wilayah Prey Veng, Hun Sen mengatakan semua pengembara yang memasuki negara itu juga tidak perlu menjalani satu ujian antigen pantas (ART) sebaik ketibaan di mana-mana pelabuhan.

    Walau bagaimanapun, negara itu memutuskan untuk melaksanakan semula visa semasa ketibaan (VOA) bagi semua pengembara asing memasuki negara itu melalui udara, darat dan laut, berkuatkuasa serta merta, katanya.

    “Kami membatalkan sekatan ini dalam usaha menarik pelabur, ahli perniagaan dan pelancong,” kata Hun Sen dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung oleh penyiar awam, National Television of Cambodia (TVK). “Kita perlu belajar hidup bersama COVID.”

    Menteri Kesihatan Mam Bunheng mengatakan semua pengembara memasuki negara itu perlu menunjukkan kad vaksinasi mereka atau sijil sebaik ketibaan.

    “Bagi penumpang tidak divaksinasi, mereka mesti menjalani kuarantin 14 hari di kemudahan kuarantin ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan atau pihak relevan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Naib presiden Dewan Perniagaan Kemboja, Lim Heng yakin langkah terbaharu itu akan menggalakan ketibaan pelabur dan pelancong antarabangsa ke Kemboja. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...